Thursday, 16 July 2015

CONTOH-CONTOH BUDI BAHASA RAKYAT MALAYSIA


  • Sentiasa mengucapkan terima kasih
Rakyat Malaysia sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong mereka. Contohnya, seperti apa yang disiarkan di televisyen, kanak-kanak menucapkan terima kasih kepada orang membantu, mengiringi mereka dan orang yang mengajar mereka. Sebuah lagu yang bertemakan ''Terima Kasih'' telah dihasilkan oleh kerajaan menunjukkan sikap positif rakyat Malaysia yang sentiasa mengucapkan terima kasih. 

  • Sentiasa memberikan senyuman
Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa sentiasa memberikan senyuman untuk menunjukkan kemesraan. Hal ini telah menjadi faktor kepada sektor pelancongan. Para pelancong banyak yang melancong ke Malaysia kerana sikap mesra dan sikap suka memberkan senyuman oleh rakyat Malaysia.



  • Hidup secara harmoni
Sejauh mana yang kita tahu, negara Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan oleh sebab mengamalkan budi bahasa, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup secara harmoni, bersatu padu dan bekerjasama.




  • Tolong-menolong
Masyarakat Malaysia sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu sesuatu perkara sebagai contoh amalan gotong royong. 


1 comment: