- Sentiasa mengucapkan terima kasih
Rakyat Malaysia sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong mereka. Contohnya, seperti apa yang disiarkan di televisyen, kanak-kanak menucapkan terima kasih kepada orang membantu, mengiringi mereka dan orang yang mengajar mereka. Sebuah lagu yang bertemakan ''Terima Kasih'' telah dihasilkan oleh kerajaan menunjukkan sikap positif rakyat Malaysia yang sentiasa mengucapkan terima kasih.
- Sentiasa memberikan senyuman
Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa sentiasa memberikan senyuman untuk menunjukkan kemesraan. Hal ini telah menjadi faktor kepada sektor pelancongan. Para pelancong banyak yang melancong ke Malaysia kerana sikap mesra dan sikap suka memberkan senyuman oleh rakyat Malaysia.
Sejauh mana yang kita tahu, negara Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan oleh sebab mengamalkan budi bahasa, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup secara harmoni, bersatu padu dan bekerjasama.
Masyarakat Malaysia sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu sesuatu perkara sebagai contoh amalan gotong royong.
- Dihormati oleh orang lain
Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita.
- Membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri
Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil kita bekerja.
Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersama-sama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri.
Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya.
1. Bertimbang rasa
- Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji tidak mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
- Bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
- Memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain
2. Bertoleransi
- Bersikap sabar
- Sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain
3. Bertolak ansur
- Tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
- Tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
- Mudah memaafkan kesalahan orang lain
4. Bersopan santun
- Lemah lembut
- Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain
- Perilaku yang sopan
5. Ramah mesra
- Mudah diajak berunding
- Mesra dan memberi senyuman
- Penyabar dan tidak emosional
6. Tidak mementingkan diri sendiri
- Tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga
- Selalu tolomg menolong antara satu sama lain
- Memberi bantuan kepada orang yang memerlukankan bantuan